HIKMAH PENDIDIKAN DALAM TALIAN KETIKA WABAK COVID-19

 

HIKMAH PENDIDIKAN DALAM TALIAN KETIKA WABAK COVID-19

            Kini, wabak covid-19 telah melanda di seluruh dunia sejak tahun 2020 sehinggalah hari ini. Penularan penyakit ini bagaikan tiada noktah dalam mengatasinya walaupun inisiatif Program  Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah dilancarkan. Ini telah menyebabkan penularan penyakit bawaan dari China ini telah menganggu banyak urusan dalam negara dan luar negara seperti pentadbiran, perniagaan, pendidikan dan lain-lain. Melihatkan antara kesan paling tinggi yang melibatkan kalangan masyarakat adalah dari segi pendidikan. Ini kerana setiap hierarki lapisan masyarakat yang tergolong dari kalangan kanak-kanak pra-sekolah sehingga di peringkat pendidikan tinggi telah mengalami gangguan pembelajaran yang dikenali sebagai sektor pendidikan. Norma baharu ini telah menyukarkan banyak pihak dalam sektor pendidikan dalam mengendalikannya sehinggakan perkara ini sudah menjadi darah daging dalam jiwa seorang pelajar iaitu belajat secara atas talian. Tetapi, setiap kejadian yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri kerana terdapat juga cara yang terbaik bagi memastikan pelajar terus menimba ilmu dan tidak ketinggalan.

            Hikmah pendidikan dalam talian ketika wabak covid-19 adalah dapat menjimatkan masa dan boleh di mana sahaja. Hal ini kerana, masa yang digunakan oleh pelajar untuk ke pusat pendidikan tidak diperlukan secara fizikal bagi mengikuti jadual secara berkelas. Ini kerana pembelajaran atas talian membolehkan pelajar melibatkan diri di dalam kelas hanyalah dari rumah dan tidak perlu pergi satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu, masa dapat dijimatkan dengan cara pelajar dapat meneroka jurnal, buku secara atas talian dengan cepat dan pemberian modul yang telah diberikan dengan tenaga pengajar juga hanyalah dalam digital dan tidak membuang masa dengan memerlukan masa bagi mencetak modul atau nota yang diberikan oleh guru. Begitu juga, interaksi antara pelajar dengan guru semasa pelajaran dapat bertindakbalas secara cepat dan jelas kerana pelajar boleh terus menggunakan aplikasi “Whatsapp” dalam menghubungi guru mereka bagi mendapatkan penjelasan yang tidak difahami berbanding perlu ke bilik mereka. Ini kerana kebarangkalian bagi seorang guru untuk ada masa di pejabat mereka amatlah terhad kerana guru tersebut turut mempunyai kelas lain. Sebagaimana pula pelajar universiti suatu tempat dengan suatu tempat amatlah jauh bagi pelajar yang tiada kenderaan untuk tiba ke kelas secara tepat masanya dan pencarian pensyarah juga amatlah sukar dilakukan walhal kelas secara talian ini membantu memudahkan urusan pelajar untuk masuk ke kelas dan menghubungi pensyarah. Begitu juga dengan pembelajaran atas talian ini dapat dilakukan di mana sahaja asalkan terdapat rangkaian internet yang baik terutamanya bagi pelajar atau tenaga pelajar yang dikuarantinkan dan mempunyai potensi dalam penyakit tersebut membolehkan mereka tidak perlu bersemuka antara satu sama lain kerana inisiatif ini dibekalkan.          

Hikmah pendidikan yang seterusnya adalah menjimatkan wang ringgit. Hal ini kerana apabila pelajar tidak perlu menjalankan pembelajaran secara bersemuka ini menyebabkan potongan yuran-yuran tertentu dilaksanakan sebagai contoh pemotongan yuran asrama, dewan makan dan lain-lain telah membantu pelajar yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran. Begitu juga dengan wang poket harian yang diberikan oleh ibu bapa kepada pelajar bagi membeli makanan di kantin sekolah sewaktu rehat dapat dijimatkan kerana pelajar akan makan di rumah oleh masakan ibu sahaja. Perkara ini sekaligus menampakkan kesan penjimatan wang dalam menghabiskan di sekolah dapat dikurangkan semasa pendidikan atas talian.  

Selain itu, hikmah pendidikan dalam talian ketika wabak covid-19 adalah dapat meningkatkan ilmu pembelajaran dengan penggunaan teknologi. Dunia kini adalah dalam memperkembangkan pembelajaran secara teknologi. Buktinya, ketika pelajar mengikuti kelas secara fizikal mereka tidak berpeluang mengetahui lebih mendalam mengenai pembelajaran atas talian walhal perkara ini telah dijalankan di negara maju. Terdapat banyak aplikasi yang telah digunakan untuk menghubungkan antara pelajar dengan guru seperti Google Meets, Zooms, dan media sosial yang lain. Penggunaan pembelajaran atas talian dengan menggunakan aplikasi tersebut membantu pelajar dalam menjalankan aktiviti kelas dan tidak janggal kerana dapat menggunakan kamera dan boleh melihat antara satu sama lain menyebabkan proses tersebut seperti pembelajaran secara fizikal. Apabila pelajar sudah berjinak dengan penggunaan teknologi ia sekaligus membantu pelajar dalam meneroka dunia teknologi kini dan tidak ketinggalan dalam dunia teknologi. Berkenaan dengan pembelajaran atas talian ini telah mewujudkan banyak program yang mendedahkan kepada pelajar dalam penggunaan Microsoft Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya. Perkara ini sekaligus membantu pelajar lain yang ketinggalan dalam penggunaan aplikasi pendidikan lebih mudah untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dalam menyiapkan tugasan secara atas talian.

            Di samping itu, hikmah pembelajaran atas talian semasa wabak covid-19 adalah dapat memutuskan rangkaian wabak penyakit tersebut. Hal ini kerana seperti yang kita tahu virus ini lebih tertumpu kepada tempat tumpuan khalayak orang ramai, begitu juga dengan situasi yang berada di institusi pendidikan dengan jumlah pelajar yang ramai. Dengan kata mudah, tidak wujud institusi pendidikan jika tiada orang untuk dididik dan pendidik. Contohnya, bilangan pelajar dalam kelas, di perhimpunan, perpustakaan, kantin dan lain-lain akan dipenuhi oleh para pelajar akan membuka ruang pada wabak tersebut dijangkiti. Hal ini kerana, wabak tersebut tidak memberi kesan serta merta kepada seseorang ini lagi menyukarkan pengesanan seseorang tersebut terkena wabak tersebut atau tidak. Kita dapat lihat sejak terdapat pembukaan sekolah telah menyebabkan ramai orang telah kuarantin bagi penyakit tersebut jadi hikmah tersebut dapat dilihat pada tindakan yang dilakukan pada awal wabak ini yang mana semua institusi diarahkan untuk tidak menghadirkan pelajar. Oleh itu, pembelajaran atas talian ini tidak memerlukan pelajar untuk berkumpul secara beramai-ramai sekaligus ia mengurangkan bawaan penyakit tersebut kepada orang ramai.

            Seterusnya, dapat meningkatkan kreativiti dalam pemahaman semasa pendidikan dalam talian juga adalah salah satu hikmah semasa Covid-19. Ini kerana terutamanya bagi tenaga pengajar ia sangat penting dalam membolehkan pelajar faham akan penyampaian yang hendak dijelaskan. Ini kerana penyampaian pengajaran secara atas talian adalah tidak sama seperti yang diajar secara bersemuka. Berikutan dengan itu, tenaga pengajar telah meningkatkan kemahiran dalam menggunakan teknologi sebaik mungkin dengan mengadakan kuiz, pembentangan, menggunakan pelbagai aplikasi teknologi lain dalam memudahkan pelajar untuk faham. Sebagai contoh pemberian tugasan menggunakan aplikasi Miro yang mana aplikasi ini boleh melibatkan orang yang ramai dalam memberi idea dan membuat nota sambungan dalam aplikasi tersebut. Aplikasi ini sangatlah menarik kerana boleh dijalankan oleh pelajar dalam membuat nota secara berkumpulan dan membantu dalam mengembangkan idea dan kreatif dalam memilih simbol, warna dan cara hasilan yang terbaik.

Selain itu, hikmah pendidikan dalam talian ketika wabak covid-19 yang seterusnya ialah dapat meluangkan masa bersama keluarga. Hal ini kerana, pendidikan dalam talian hanyalah dilakukan di rumah sahaja begitu juga bagi golongan mereka yang dalam alam pekerjaan masa bersama keluarga adalah sangat terhad pada sebelum ini. Jadi apabila wabak ini telah melanda negara ia menyebabkan tempoh lockdown telah dilakukan yang mana orang ramai tidak dibenarkan untuk bekerja atau hanya bekerja dari rumah. Ini telah membantu golongan ini dapat meluangkan masa bersama keluarga begitu juga dengan pelajar lebih masa dengan keluarga. Banyak aktiviti di rumah telah dilakukan seperti memasak, membersihkan rumah dan aktiviti lain semakin mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Begitu juga, dengan setengah pelajar yang perlu membantu ibu bapa mereka di rumah dengan ini dapat mengurangkan beban kerana guru akan melaksanakan pembelajaran tidak pada setiap hari dan mengambil tempoh yang lama. Sebagai contoh pelajar universiti kadangkala hanya terdapat tiga hari sahaja waktu kelas dan waktu lain boleh memanfaatkan urusan bersama keluarga seperti membantu ibu bapa berniaga, tetapi perkara ini haruslah diurus dengan sebaik mungkin supaya tidak lalai untuk mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kelas secara sepenuhnya. Perkara ini bergantung kepada individu itu sendiri dalam menggunakan manfaat hikmah pendidikan atas talian dengan sebaik mungkin.  

            Di samping itu, tidak ketinggalan silibus pembelajaran yang ditetapkan juga merupakan salah satu hikmah pendidikan pembelajaran atas talian. Ini kerana pembelajaran secara atas talian telah memudahkan supaya pelajar tidak ketinggalan masa yang lama untuk terus bercuti dan tidak menyebabkan pelajar terhenti untuk belajar . Hal ini kerana peringkat pembelajaran haruslah tamat sama dengan peringkat umur pendidikan seperti sebelum kewujudan covid-19 ini, sekiranya pembelajaran secara atas talian tidak dapat dilakukan maka pelajar juga akan lewat menghabiskan waktu pelajaran mereka berikutan dengan peningkatan umur. Sebagai contoh supaya tidak berlakunya kelewatan masa pelajar untuk lambat menghabiskan pembelajaran seperti pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kebiasaan menghabiskan pelajar pada umur 17 tahun tetapi apabila pelajaran secara tidak bersemuka tidak dapat dijalankan dan tiada inisiatif lain boleh menyebabkan mereka akan menghabiskan pelajar pada umur 18 tahun ke atas.  Ini akan menyebabkan pelajar akan rasa malas untuk menyambung pelajaran kerana pada saat itu mereka mempunyai misi tertentu di peringkat umur yang seterusnya. Jadi, hikmah ini membolehkan pelajar terus merasakan suasana semangat untuk terus belajar dan menghabiskan pelajaran tepat pada waktu peringkat umurnya.

            Kesimpulannya, hikmah pendidikan atas talian ini haruslah dilihat dari aspek yang positif semasa wabak covid-19 ini. Ini kerana tidak semua orang boleh mengambil perkara ini sebagai suatu semangat bagi meneruskan pembelajaran berdasarkan suasana di rumah dan sebagainya. Perkara ini haruslah dibantu oleh pihak atasan dalam menguar-uarkan kebaikan pendidikan secara atas talian ini dalam dengan menggunakan media sosial, membuat poster dan membuat program kepada pelajar supaya mereka menganggap tiada halangan sekiranya negara kita menimpa wabak ini sekalipun sistem pendidikan tetap boleh dijalankan dengan suasana yang baik. Dengan itu, hikmah-hikmah tersebut telah disenaraikan bagi mendedahkan kepada pelajar dan guru mengenai pendidikan atas talian. Antaranya adalah menjimatkan masa dan di mana-mana tempat, memutuskan rangkaian penyakit tersebut, meningkatkan kreativiti, menjimatkan wang, meluangkan masa bersama keluarga dan tidak ketinggalan silibus pembelajaran. Walaupun sektor pendidikan adalah penyumbang terbesar yang terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi dengan adanya pendidikan secara atas talian ia boleh menyumbang kepada perkembangan pendidikan yang terbaik boleh dijalankan di Malaysia.

Ulasan